Perpustakaan Mahkamah Persekutuan
Malaysia,
Putrajaya merupakan sebuah unit di bawah Bahagian sumber manusia dan khidmat
pengurusan, Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan
Malaysia.Perpustakaan ini ditubuhkan
bagi memenuhi keperluan maklumat perundangan dan kehakiman bagi
mahkamah Persekutuan Malaysia dan Mahkamah Rayuan Khasnya dan
Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret amnya.
Perpustakaan merupakan sebuah Perpustakaan
khusus yang mempunyai koleksi bahan rujukan terbesar disamping
memenuhi keperluan maklumat Pegawai Kehakiman, Perpustakaan juga
bertanggungjawab melengkapkan koleksi kamar hakim bagi Mahkamah
Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
seluruh Malaysia. Perpustakaan juga terlibat secara langsung
dalam pembinaan koleksi Perpustakaan Mahkamah seluruh Malaysia.
|